2012年10月28日星期日

TIGA bentuk muka bumi hasil TINDAKAN SUNGAI

Bentuk muka bumi hasil daripada tindakan sungai adalah Air Terjun, Lubuk Pusar, dan Lurah V yang bertebing curam dan menjadi gaung yang sangat dalam;

AIR TERJUN NIAGRA

Air terjun terbentuk pada kawasan batuan yang berlapis antara batuan lembut dan keras. Lapisan batuan lembut yang terletak di bawah sangat mudah terhakis oleh hempasan air dari tingkat yang lebihh tinggi.

[Tindaka hidraulik air sungai] mampu menggorek, mencungkil, dan memusnahkan lapisan batuan lembut untuk bentuk lubuk tunjam yang dalam.

Terjun air mempunyai dalam Malaysia adalah seperti Air Terjun Lata Iskandar di Tanah Tinggi Cameron dan Air Terjun Sekayu di Hulu Terengganu. Selain itu, Air Terjun yang antaranya tertinggi dan terlebar di dunia adalah Air Terjun Niagara.




LUBUK PUSAR (Whirlpool)

Lubuk Pusar dibentuk melalui aliran air yang deras dan berpusar, bertindak mengorek rekahan-rekahan di dasar sungai yang tidak rata dan memperdalamkan rekahan-rekahan tersebut menjadi lubang yang dinamakan Lubang Periuk.

[Pusaran arus] juga mencungkil ketulan batu tongkol dan mendedahkan lubang di dasar sungai kepada pusaran arus seterusnya menyebabkan lubang tersebut menjadi lebih besar dan dalam.

Contoh Lubuk Pusar yang ada di Malaysia dalah Telaga Tujuh di Pulau Langkawi.


GRAND CANYON, Amerika utara

Lurah "V" yang bertebing curam dan menjadi gaung yang sangat dalam.

[Disebabkan hakisan menegak] yang bertindak dengan berkesan di dasar alur sungai menyebabkan dasar alur dikorek dan diperdalam. Selain itu, lurah "v" juga terbentuk akibat daripada proses juvenasi yang punca daripada kejatuhan aras laut.

Sungai terpaksa memperdalamkan lurahnya semula atau gaung yang dalam ialah Grand Canyon di Amerika Utara.

没有评论:

发表评论

若不是神恩,我12岁那年早就死了

在夜晚,当你独自一人闭上眼睛躺在床上的时候,终是是回想起以前的事情。明明是那么想逃避的,但却在最安静的时候全都回来了。若不是神恩,我早就已经在12岁那年死了。 夜长梦多,安静的时刻,就是与自己对话的时间。人长大了,时间越来越少了,精力也大不如从前。如果人的一生有70多,那今...