2013年5月13日星期一

Isi Kandungan Piagam Madinah dan Peranannya dalam Pembentukan Negara Islam di Madinah.

::: Esei Sejarah STPM Penggal 2 :::


***** At 1st, this essay is credit to my form 6 Sejarah teacher, Puan Horriah, who had given all of the isi below. And secondly to May Bong, who had arranged this essay before i re-edit it.*****



ENJOY YOUR REVISION AND STUDY.




Piagam Madinah merupakan piagam yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW yang sebagai pedoman kerajaan Madinah sebagai sebuah negara yang berdaulat. Masa pengubalan Piagam Madinah adalah sebelum Perang Badar dan selepas Perang Badar, iaitu pada tahun 624 Masihi dan 625 Masihi. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang menyentuhkan tentang hubungan Islam dengan Yahudi dengan tanggungjawab sesama sendiri. Manakala 24 fasal yang seterusnya membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadapa negara Islam Madinah.


Antara isi kandungan Piagam Madinah yang pertama merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara, ketua hakim, dan ketua agama. Peranan penting fasal tersebut adalah pengiktirafan Nabi Muhammad SAW mempunyai kewibawaan dalam pentadbiran Kerajaan Madinah. Sebarang masalah yang dihadapi oleh warga Madinah tanpa mengira bangsa dan agama mestilah dirujuk kepada Baginda untuk masalah mereka sendiri. Sebagai ketua hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda.


Isi kandungan Piagam Madinah yang seterusnya menerangkan bahawa setiap kaum harus bertanggungjawab mempertahankan madinah. Peranan fasal tesebut adalah membolehkan Nabi Muhammad SAW memboleh mengambil tindakan menyingkirkan sebarang pihak yang mengkhianati fasal ini atau bertindak membahayakan keselamatan negara. Contohnya, Nabi Muhammad SAW berjaya menghalaukan golongan Yahudi berdasarkan fasal ini apabila mereka telah membelot semasa Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak atau Azhab.


Seterusnya, isi kandunga Piagam Madinah turut memjaminkan kebebasan agama di Madinah. Peranan penting fasal tersebut sebagai langkah pengelakan permusuhan sesama masyarakat kerana tidak ada kerasulam dalam penganutan agama. Nabi Muhammad SAW menjamin kebebasan agama dengan membenarkan penganut agama beribadat secara bebas. Ini terus mengakibatkan lebih ramai penganut-penganut Islam menyebar dan berdakwa secara bebas.


Antara fasal-fasal lain dalam isi kandungan Piagam Madinah telah menerangkan konsep persamaan dan keadilan dari sudut ekonomi. Peranan fasal ini dapat mengelakan eksploitasi ekonomi dan monopoli oleh satu-satu golongan sahaja. Fasal tersebut menyeimbangkan jurang perbezaan dan mengelak penindasan ke atas golongan miskin. Semua penduduk diberi hak dan boleh mengamalkan aktiviti ekonomi secara adil dan saksama. Aktiviti perdagangan misalnya tidak lagi dimonopoli oleh kaum Yahudi sahaja. Ini mewujudkan pembangunan ekonomi yang akhirnya menjadikan madinah sebagai pusat perdagangan setanding Makkah pada ketika itu.


Kesimpulannya, Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW telah diteruskan kepada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya, iaitu Zaman Khulafa al Rasyidin serta ke zaman pemerintahan Bani Ummayyah dan lain-lain. Piagam tersebut turut menubuhkan negara Islam yang unggul malah dapat menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam menyelesaikan masyarakat yang berbilang bangsa di Kota Madinah.


1 条评论:

若不是神恩,我12岁那年早就死了

在夜晚,当你独自一人闭上眼睛躺在床上的时候,终是是回想起以前的事情。明明是那么想逃避的,但却在最安静的时候全都回来了。若不是神恩,我早就已经在12岁那年死了。 夜长梦多,安静的时刻,就是与自己对话的时间。人长大了,时间越来越少了,精力也大不如从前。如果人的一生有70多,那今...