2012年10月25日星期四

Persamaan dan Perbezaan masyarakat feudalisme di Negra Eropah dan Negara Jepun



Pengenalan ; Sistem feudalisme wujud pada awal abad pertengahan manakala jepun mengamalkan sistem tersebut pada abad ke 11. Feudalisme boleh diertikan satu pentadbiran yang diuruskan oleh sekumpulan indiviu dan tidak bercorak permusatan. Masyarakat ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan yang diperintah dan golongan yang memerintah. Kedudukan seseorang individu adalah tertakluk kepada lapisan sosial yang tertentu.





Isi 1; Persamaan antara sistem feudalisme yang dibentuk di negara Eropah dan jepun adalah dari sudut komuniti yang berasaskan organisasi sosial. Tugas dan peranan setiap ahli komuniti adalah berasaskan status quo. Masyarakat ini terdiri daripada golongan memerintah yang terdiri daripada pemeritah seperti raja, golongan bangsawan, dan golongan elit. Manakala golongan diperintah terdiri daripada golongan rakyat biasa dan hamba.





Isi 2; Persamaan yang seterusnya ialah kewujudan golongan bangsawa. Golongan ini memainkan peranan penting dari sudut pentadbiran. Di England, golongan Lords memainkan peranan sebagai pembantu kanan raja dan dalam keadaan tertentu, peranan mereka adalah lebih penting daripada raja. Di Jepun pula, golongan ini diwakili oleh golonga shogun. Dalam keadaan tertentu, iaitu semasa pemerintahan Ieayasu, golongan ini mengambil alih pemerintahan maharaja.




Isi 3; Persamaan yang ketiga adalah kehadiran golong hulubalang atau palembang yang digelar Knights di England dan Samurai di Jepun. Golongan ini mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap keselamatan raja dan golongan bangsawan. Di England, golongan ini diberi upah dalam bentuk tanah dan tempat kediaman. Di Jepun pula, kesetiaan golongan samurai adalah terikat berdasarkan janji dan taat ikra terhadap keselamatan Maharaja. Walaubagaimanapun, golongan diberi upah dalam bentuk barangan. Golongan hulubalang ini, sanggup mengorbankann diri demi keselamatan Maharaja.




Isi 4; Seterusnya, persamaan yang lain adalah dari aspek golong petani. Dalam kedua-dua buah negara ini, golongan petani ada berperanan menyediakan makanan kepada golongan atasan. Golongan tersebut tidak mempunyai tanah dan mengerjakan tanah bagi pihak golongan yang memerintah. Hasil tanamam dibahagikan kepada kegunaan petani dan sebagian besarnya pula sebagai pembayaran cukai bayaran tanah. Walaubagaimanpun, ada sedikit perbezaan dari sudut kedudukan. Di Jepun, petani dianggap mulia disebabkan berperanan menghasil makanan manakala di England pula, petani dianggap sebagai serf( hamba ) yang dimiliki dan tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri.





Isi 5; Dari sudut Perbezaan pula, kita boleh melihat melalui sudut kuasa raja yang ada pada raja. Di England, raja mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan, sosial, politik, dan ekonomi. Di Jepun pula, sejak zaman pemerintan Tokugawa, maharaja dilihat sebagai simbol kuasa dan tidak mempunyai kuasa sebenarnya. Segala urusan pemerintahan adalah dilaksanakan oleh golongan Shogun yang berperanan penting dan membuat keputusan-keputusan dalam hal ehwal pertahanan dan kehakiman.





Kesimpulan; Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa feudalisme yang diamalkan di Englang mahupun di Jepun adalah satu aturan hidup yang membolehkan komunitinya berfungsi dalam memenuhi keperluan sosial, ekonomi, dan politik masing-masing. Cara hidup feudalisme ini juga adalah dikongsikan oleh masyarakat lain di seluruh dunia.

没有评论:

发表评论

若不是神恩,我12岁那年早就死了

在夜晚,当你独自一人闭上眼睛躺在床上的时候,终是是回想起以前的事情。明明是那么想逃避的,但却在最安静的时候全都回来了。若不是神恩,我早就已经在12岁那年死了。 夜长梦多,安静的时刻,就是与自己对话的时间。人长大了,时间越来越少了,精力也大不如从前。如果人的一生有70多,那今...