2013年5月3日星期五

Sumbangan Salehuddin al-ayyubi

::: Esei Sejarah STPM Penggal 2 :::



Pengenalan

Nama sebernarnya ialah Salah al-din Yusuf bin Najmuddin Ayyubi. Beliau dilahir pada tahun 1134M. di Takrit dan bersuku Kurdish. Bapanya ialah Gabenor Mesir. Salehuddin mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Beliau amat mahir dalam ilmu Kalam dan perundangan Islam serta sangat patuh kepada hukum Islam. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang warak, berdisiplin, pahlawan Islam yang berani, tenang dan tidak terburu-buru dalam mengambil tindakan dan juga tidak tamakkan harta.
Jasa dan sumbangan beliau meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial.



Isi Pertama


Dalam bidang politik, beliau sangat terkenal sebagai panglima tentera pada zaman perang Salib. Beliau mula menyertai ekspedisi ketenteraan pada tahun 1164M. . Pada tahun 1169M., tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Salib. Beliau dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria. Perlantikan tersebut telah membawa kemasyhuran kepadanya. dari tahun 1189M. hingga ke tahun 1192M., beliau berjaya menewaskan tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Richard, Raja Federick dan Raja Philip. Sultan Salehuddin dianggap sebagai sultan yang mengembalikan keagungan empayar Islam dengan kekuatan tentera Islam beliau yang berjaya menghadapi tentera Salib.


Isi Kedua


Satu lagi sumbangan Sultan Salehuddin ialah kejayaannya membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada orang Kristian. Perang telah bermula sebagai tindak balas terhadap tentera Perancis yang menindas kafilah Islam. Beliau berjaya menawan Raja Baitulmuqaddis dan dihantar ke Damsyik. Sultan Salehuddin berjaya menguasai kota suci ini melalui perjanjian. Dalam perjanjian damai dengan Raja Richard, beliau mendapat hak menduduki seluruh wilayah Palestin dan tentera Salib dipaksa keluar dalam masa 40 hari.


Isi Ketiga


Sultan Salehuddin juga mengambil langkah untuk membangunkan negara Islam. Sebagai pengasas Dinasti Ayyubiah, beliau telah memindahkan pusat pemerintahan Islam ke Mesir yang kekal selama 350 tahun. Beliau membina dan memulihkan benteng kaherah demi mempertahankan kota ini daripada diceroboh oleh musuh. Beliau juga membangunkan Pulau al-Radah dan al-Gizah dan menubuhkan Diwan Armada yang menyelia pembinaan kapal-kapal perang.


Isi Keempat


Dalam bidang ekonomi, beliau mengambil pelbagai langkah berkesan untuk menambah sumber pendapatan negara. Antara sumbanganya ialah mengemaskinikan sistem pencukaian. Kutipan Jizyah dikutip daripada golongan bukan Islam, cukai Fidyah dibayar oleh tawanan perang bagi menembus diri dan harta benda. Khazraj, iaitu cukai tanah juga dikutip. Beliau juga menggalakkan sistem ekonomi terutamanya sektor pertanian. Beliau menyediakan dan menyelenggarakan sistem pengairan dan teknik-teknik pertanian. Selain itu, beliau juga menjadikan Mesir sebagai pusat pertemuan pedagang dengan membina banyak pasar di Mesir dan Syria.


Isi Kelima


Dalam bidang sosial, sumbangan beliau terserlah dalam tiga aspek, iaitu agama, pendidikan dan kesihatan. Beliau banyak berusaha untuk menyebarkan agama Islam. Beliau mengambil berat tentang keutuhan agama Islam. Selain mendirikan masjid di merata-rata tempat, beliau juga melaksanakan undang-undang Islam. Beliau juga mengembalikan semula pengaruh Mazhab Sunni di Mesir. Masjid-masjid yang dibina menjadi pusat pembelajaran yang penting, iaitu ilmu tafsir. Sultan Salehuddin juga memberikan perhatian terhadap sistem pendidikan prasekolah dengan membina banyak sekolah. Pembinaan hospital, gedung ubat-ubatan dan ruang khas di Hospital untuk pesakit wanita oleh beliau dalam aspek pembangunan kesihatan.


Kesimpulan


Kesimpulannya, jasa dan sumbangan sultan Salehuddin dihargai oleh masyarakat Islam. Beliau mangkat di Damsyik pada bulan Mac 1193M.. Walaupun beliau seorang pahlawan tentera, beliua tidak suka kepada peperangan dan memilih perdamaian. Beliau juga sangat dikagumi oleh pemerintah-pemerintah barat.

没有评论:

发表评论

若不是神恩,我12岁那年早就死了

在夜晚,当你独自一人闭上眼睛躺在床上的时候,终是是回想起以前的事情。明明是那么想逃避的,但却在最安静的时候全都回来了。若不是神恩,我早就已经在12岁那年死了。 夜长梦多,安静的时刻,就是与自己对话的时间。人长大了,时间越来越少了,精力也大不如从前。如果人的一生有70多,那今...