2013年5月13日星期一

Terangkan dasar-dasar pemerintahan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid pada zaman Abbasiyah

::: Esei Sejarah STPM Penggal 2 :::



Khalifah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi dilahirkan di Rayy pada tahun 765 Masihi. Beliau merupakan cucu kepada Abu Jaafar al-Mansur. Khalifah Harun al-Rasyd memerintah kerajaan Abbasiyah selama hamper 23 tahun, iaitu dari tahun 786 Masihi hingga ke tahun 809 Masihi serta Khalifah yang keempat kerajaan Abbasiyah. Beliau turut merupakan seorang Khalifah yang adil dan mengutamakan masalah rakyat. Dasar-dasar pemerintahan telah diperkenalkan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid bagi mentadbir negara.


Dalam aspek politik, dasar pemerintahan khalifah Harun al-Rasyid dalam mengukuhkan kuasanya di dalam kerajaan adalah dengan menghapuskan kuasa dan kedudukan keluarga Al-Barmaki. Pegawai-pegawai kerajaan daripada keluarga Al-Bamarki bertanggungjawab atas kemajuan politik, sosial dan ekonomi. Keadaan tersebut telah mengukuhkan kedudukan keluarga Al-Bamarki dalam pemerintahan. Khalifah Harun al-Rasyid bimbang akan berlaku rampasan kuasa dan mengambil tindakan menamatkan kuasa keluarga Al-Bamarki dengan membunuh tokoh-tokoh penting seperti Yahya bin Khalid al-Bamarki, Jaafar bin Yahya al-Barmaki dan Fadhil bin Yahya al-Barmaki. Keluarga al-Barmaki telah dihapuskan daripada pentadbiran Khalifah Harun al-Rasyid semasa peringkat kedua pentadbiran beliau.



Seterusnya, hubungan luar antara kerajaan Assabiyah dengan Byazantine sememangnya buruk sejak kelahiran Islam di Kota Makkah. Hubungan buruk ini semakin ketara apabila Byzantine menyerang Baghdad kerana isu Asia Minor. Bagi membebaskan Asia Minor, Khalifah Harun al-Rasyid telah menyerang dan menakluk beberapa wilayah di kawasan ini. Wakil Raja Byzantin, Nicephorus I akhirnya telah mengadakan perjanjian damai dan rela membayar ufti akibat tindakan Nicephorus I yang telah melanggar syarat perjanjian sebelumnya antara Maharani Irene IV denga Kerajaan Abbasiyah. Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid mempunyai hubungan yang baik dengan Raja Perancis, Raja Charlamagne kerana Raja Charlamagne merupakan musuh ketat kepada Andalusia. Hubungan ini terjalin melalui pertukaran cenderahati antara dua orang pemimpin ini.


Dalam aspek sosial, khalifah Harun al-Rasyid telah mengembangkan ilmu pengetahuan dengan luas. Zaman beliau merupakan zaman kegemilangan dalam bidang intelektual. Kota Baghdad pada masa itu telah menjadi pusat perkembangan ilmu. Pelbagai aktiviti intelektual dijalankan dan Khalifah Harun al-Rasyid merupakan penaung bagi semua aktiviti perkembangan ilmu pengetahuan. Selain itu, pusat-pusat pendidikan seperti sekolah menegah, madrasah dan universiti telah didirikan. Aktiviti penterjemahan turut digiatkan. Buku-buku dalam Bahasa Cina, Yunani, dan India, buku-buku yang mengandungi ilmu perubatan, astronomi, falsafah, kesenian, matematik dan ilmu-ilmu lain juga diterjemahkan dalam Bahasa Arab. Dengan ini, Kota Baghdad telah menjadi gedung ilmu pengetahuan dan dikunjungi oleh umat dari seluruh dunia.



Pada aspek ekonomi pula, Khalifah Harun al-Rasyid menekankan kemajuan pertanian dan pendagang. Tindakan beliau ialah membuka tanah baharu untuk pertanian dan membekalkan benih percuma kepada petani. Beliau turut membahagikan tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera yang bersara dan orang miskin untuk diusahakan dengan kegiatan pertanian. Kegiatan pertanian diperluaskan ke Eropah, India, dan China. Kota Baghdad dijadikan pusat perdagangan Timur-Barat. Untuk memudahkan kegiatan dengan negara-negera luar, jalan telah dibina dari Iraq ke Laut Merah, Laut Mediterranean, Tunisia, dan Maghribi. Pasukan-pasukan tentera disusun semula dan membuat kawalan rapi di laut dan di pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal dagang yang berlaku di Pelabuhan Basrah.



Kesimpulannya, zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan kerana usaha beliau mengukuhkan kerajaan Bani Abbasiyah dan mempergiatkan kegiatan keilmuan. Khalifah Harun al-Rasyid digelar sebagai “Penyebar Tamadun” dan “Budaya Islam” oleh sejarawan Islam.

没有评论:

发表评论

若不是神恩,我12岁那年早就死了

在夜晚,当你独自一人闭上眼睛躺在床上的时候,终是是回想起以前的事情。明明是那么想逃避的,但却在最安静的时候全都回来了。若不是神恩,我早就已经在12岁那年死了。 夜长梦多,安静的时刻,就是与自己对话的时间。人长大了,时间越来越少了,精力也大不如从前。如果人的一生有70多,那今...